Selamat Datang ke Panitia PJPK

Monday, 7 March 2011

Selamat Datang ke Panitia Pjpk..

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI
Murid dapat:
1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
    Kegiatan fizikal.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.


OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN
Murid dapat;
1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.
2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan
    dengan kesihatan.
3. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
    pengalaman.
4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
    keseluruhan.